Ikrar Kumpulan

Kami berikrar dan berjanji, akan berusaha untuk belajar mengajar agar pelajar dapat belajar dengan apa yang kami ajar.

Thursday, 27 September 2012

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)


Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) sebagai tranformasi baharu kurikulum sekolah

Sekolah Menengah (KSSM) akan dilaksanakan pada 2017 dalam usaha melonjak sistem pendidikan Negara merupakan kesinambungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ) yang telahpun bermula pada tahun 2011.

Kurikulum baru itu dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global. Ia merangkumi dimensi intelek, emosi dan fizikal setiap murid serta menekankan aplikasi pengetahuan serta perkembangan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif selain memberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kurikulum.

Pelaksanaan kurikulum baru ini pula akan melalui tiga fasa iaitu gelombang satu (2012-2015) iaitu fasa persediaan, gelombang kedua (2016-2020) iaitu fasa pelaksanaan dan gelombang ketiga (2021-2025) iaitu fasa pentaksiran.

 Menurut Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sebagai persiapan sebelum memperkenalkan kurikulum baru itu kementerian akan memurnikan kurikulum sedia ada dan mempergiatkan sokongan kepada guru bagi meningkatkan sistem penyampaian.


KSSM ini menunjukkan sedikit
perubahan dari segi mata pelajaran yang ditawarkan di peringkat Menengah Rendah di samping perubahan dari segi isi kandungan mata pelajaran tersebut. Berikut adalah mata pelajaran yang akan ditawarkan di peringkat Menengah Rendah beserta dengan jumlah waktu pembelajaran.

No comments:

Post a Comment