|
Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Pada kuliah yang lepas, kami telah belajar mengenai pembelajaran koperatif.
Pembelajaran koperatif adalah salah satu strategi pengajaran di mana para
pelajar telah dipecahkan kepada pasukan kecil dengan tahap keupayaan yang
berbeza yang menggunakan pelbagai aktiviti pembelajaran untuk meningkatkan
pemahaman mereka. Para pelajar turut belajar untuk membina nilai-nilai murni seperti
bekerjasama di dalam kumpulan kecil yang telah dibina, bertanggungjawab dengan
apa yang mereka lakukan bersama-sama, membina keyakinan diri terutamanya dalam
menyuarakan pendapat serta membantu mereka membina sifat kepimpinan.
Selain itu, pembelajaran koperatif juga dapat membantu para guru menguruskan
pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas begi memudahkan sesi pengajaran dan
pembelajaran. Walau bagaimanapun guru perlu bijak memilih jenis - jenis
pembelajaran koperatif yang sesuai digunakan di dalam kelas. Guru juga perlu
mempunyai kemahiran mengawal kelas semasa menjalankan aktiviti yang melibatkan
pembelajaran koperatif.
Mengikut Kagan (1994), pembelajaran kooperatif bagi golongan berbakat telah
membawa banyak keberkesanan atau faedah antarannya adalah dapat membaiki
hubungan sosial, meningkatkan pencapaian, meningkatkan kemahiran kepimpinan,
meningkatkan kemahiran sosial, meningkatkan tahap kemahiran aras tinggi dan
meningkatkan kemahiran teknologi serta meningkatkan keyakinan diri.
Beberapa bentuk pembelajaran
kooperatif adalah seperti kaedah Jigsaw, think-pair share, three steps
interview, Round Robin Brainstroming dan sebagainya. Kaedah- kaedah
pembelajaran kooperatif ini, amat membantu para pelajar untuk belajar dengan
lebih berkesan dan seharusnya semua guru di Malaysia melaksanakan beberapa
kaedah ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar sistem pendidikan
negara dapat dimajukan dan dimantapkan bagi menuju wawasan 2020.
Sebagai contoh kaedah Jigsaw. Dalam
kaedah Jigsaw ini, setiap ahli kumpulan menjadi ‘pakar’ dalam sub-unit sesuatu
topik. Setelah masing-masing memahami bahagian masing-masing, setiap 'pakar'
mengajarnya pula kepada ahli kumpulan yang lain. Soal-jawab atau perbincangan
yang berlaku semasa proses ini membolehkan 'pakar' dan ahli sama-sama
memikirkan pembentangan yang diberi, ini meningkatkan pemahaman dan ingatan.
Selain dari itu, kaedah ini juga memberi peluang kepada pelajar yang kurang
cemerlang dan mengajar mereka untuk menjadi 'pakar' dan mengajar mereka yang
mempunyai prestasi akademik lebih baik daripadanya, secara tidak langsung
meningkatkan keyakinan diri mereka untuk berkomunikasi. Selepas itu, kuiz
bertulis akan dilaksanakan secara individu bagi menguji keberkesanan
perbincangan yang dilaksanakan. Kaedah ini amat sesuai digunakan di dalam kelas
kerana ia dapat menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih kreatif dan
kritis.
Kesimpulannya, strategi dan
perancangan awal amat diperlukan oleh setiap guru yang ingin
melaksanakan pembelajaran berbentuk kooperatif ini. Hal ini kerana, perancangan
yang baik akan memudahkan guru untuk melaksanakannya di dalam kelas tanpa
menimbulkan sebarang masalah. Bukan itu
sahaja, guru juga dinasihatkan agar dapat menguasai dengan lebih mendalam
setiap mata pelajaran yang diajar di dalam kelas agar apabila pelajar
bertanya, guru dapat menjawab soalan pelajar tadi dengan mudah, padat dan jelas.
|
No comments:
Post a Comment